Isnin, 20 Julai 2009

RESEPI DONUT KENTANG

BAHAN2..
1 biji kentang sederhana besar, di rebus..
then blend dengan 1 cawan air panas.
dlm mangkuk besar, CAMPURKAN ; 1/3 cwn minyak masak
1/4 cwn susu pekat manis
1/2 cwn air suam 2 sdb gula 1/2 paket mauripan
sedikit garam dan kentang yg dah di blend tadi
then masukkan 500g tepung,
masukkan sikit2... (x perlu habiskan tepung...adunan ni mmg sikit lembik.. tp thru experience..lebih lembik doh,lebih lembut donut nya nnt)..
( tambah sikit lagi tepung.. klu tak reti nak handle doh yg lembik...
TAPIII.. donut tetaplah lembut ) biarkan doh naik sekli ganda..
then bulat2 kan... biar dia naik lagi sekali...
then buat lubang sebelum digoreng...
klu doh melekat2 ditgn.. boh la tepung utk elak dia melekat

RESEPI BUAH MELAKA

Bahan-Bahan:
tepung pulut

air pandan

sedikit garam sedikit air kapur
1 ketul ubi keledek bersiaz kecil

gula kabung/melaka dipotong kecil kelapa parut (putih)


Cara:
1. Bancuh tepung pulut bersama air pandan, air kapur dan sedikit garam.

2. Masukkan ubi rebus yang telah direbus dan dilecek ke dalam bancuhan tepung.

3. Pastikan bancuhan tidak terlalu kering atau terlalu lembab.

4. Bentukkan bulat-bulat mengikut kesukaan anda.

5. Masukkan gula melaka yang telah dipotong tadi ke dalam tepung dan bentukkan bulat.

6. Pastikan air mendidih sebelum anda masukkan buah melaka tadi.

Apabila ia timbul, bolehlah diangkat dan terus masukkan ke dalam mangkuk yang berisi kelapa parut.
Tambahan:
1. Air kapur tidak perlu terlalu banyak kerana ia akan menjejaskan rasa.

2. Ubi keledek akan membuatkan buah melaka tidak terlalu kenyal ketika dikunyah dan memberikan bunyi 'pop' ketika anda menggigitnya.

RESEPI AGAR-AGAR BELANG

AGAR-AGAR BELANG

Bahan-Bahan:
37.5 g agar-agar,

45 g mentega ,

2 biji kuning telur

1 cawan gula pasir

½ cawan susu pekat
4 cawan air

1 sudu besar Nescafe

1 sudu besar air panas dicampurkan ½ sudu teh esen vanila Bahan pewarna


Cara:
Masak agar-agar hingga hancur. Angkat dan ditapis. Pukul gula dengan mentega hingga kembang, masukkan kuning telur dan susu pekat. Masukkan esen vanila kacau supaya rata. Bahagilan kepasa 3 bahagian. Satu bahagian campurkan dengan bancuhan Nescafe, satu ikut suka dan satu lagi biarkan kosong. Tuangkan ke dalam acuan. selang-selikan warnanya. Biarkan sampai beku.